Selasa, 5 Oktober 2010

BISKUT GAJUS
Very Happy

Bahan-bahan:
2 biji kuning telur
120 g gula halus
175 g mentega
320 g tepung gandum
120 g gajus } dipanggang kemudian dikisar halus
1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit gajus di belah 2 } utk hiasan
1 biji kuning telur } utk sapuan

Cara membuat:

Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla, kacau sebati.
Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik.
Masukkan campuran tepung dan serbuk gajus ke dalam adunan, kacau sehingga menjadi doh yg sebati
Canaikan doh setebal 1cm kemudian terapkan menggunakan acuan yg digemari
Letakkan gajus diatasnya kemudian sapu dgn kuning telur
Bakar di dalam oven sehingga masak.
Sejukk

BISKUT MAKMUR

(1) Biskut Makmur

Bahan-bahannya :
450 gm tepung gandum
125 gm minyak sapi
4 biji telur (ambil putihnya sahaja)
1/2 paun gula kisar
300 gm kacang tanah digoreng
2 sudu gula

Caranya :-
Kacang ditumbuk dan digaulkan dengan gula. Masukkan ke dalam satu bekas untuk digunakan sebagai intinya nanti.
Minyak sapi dan putih telur dipukul hingga cair dan ramas-ramaskan dengan tepung hingga lembut.
Ambil sebesar ibu jari adunan dan leperkan di atas daun pisang.
Masukkan 1 sudu teh inti kacang ke dalamnya dan ditutupkan balik kulitnya.
Bentukkan seperti buah durian dan sepit di atasnya.
Bila telah siap semuanya dibakar selama 20 minit - angkat dan sejukkan dan taburlah dengan gula kisar di atasnya.
SELAMAT MENCUBA

********************************

(2) KUIH MAKMUR

120 g ghee
1 egg yolk
500 g plain flour, sifted
pinch of salt
100 g icing sugar (to coat)
Filling
100 g groundnuts
2 Tbsp caster sugar

To make filling: Dry-fry groundnuts till crispy then allow to cool. Remove skin then ground finely. Add caster sugar and set aside. Stir flour, in a wok, over very slow flame for 15 mins. Set aside to cool. Beat ghee and yolks till combined. Add flour and salt, mixing with fingers to a soft dough which can be shaped (careful when adding flour as you may need lesser or slightly more). If too hard, add some ghee.

Flatten a small piece of dough in your palm (or on a small piece of banana leaf), spoon some filling then enclose and shape into an oval ball. Shape veins on kuih with special "pincher". Place on a greased baking tray and bake at 170 C till done.

******************************

.. yg ni nampak menarik... boleh cuba ni..

(3) BISKUT MAKMUR TABURAN

Bahan A - Doh
160 gram mentega lembut
100 gram Crisco putih
1 biji telur kecil
80 gram gula powder
1 sudu teh serbuk vanilla
1/2 sudu teh emplex
400 gram tepung Hong Kong, diayak
60 gram tepung custard

Bahan B - Inti
150 gram kacang gajus, dibakar dan dikisar kasar
180 gram gula powder
60 gram mentega lembut

Bahan C - Tabur
190 gram kacang gajus, dibakar dan dikisar
200 gram gula kaster

Cara untuk Bahan A
Pukul dengan "K" beater mentega, gula, telur, Crisco, emplex dan vanilla. Apabila rata masukkan tepung Hong Kong dan custard. Pukul lagi sehingga rata dan perap selama 10 minit. Kemudian ambil 30 gram atau 40 gram doh dan dileperkan. Isikan dengan Bahan B dan sepit diatas bentuk daun, kemudian atur dalam dulang biskut dan bakar dengan kepanasan 150 darjah C selama 25 - 30 minit. Setelah masak tabur rata dengan bahan C.

Cara untuk Bahan B
Gaul rata semua Bahan B sehingga sebati. Perap selama 10 minit. Ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut kecil besarnya biskut yang hendak dibuat.

Cara untuk Bahan C
Gaul rata semua Bahan C yang diperlukan untuk menabur biskut yang baru dimasak.
CHOCOLATE CHIPS OATS COOKIES

Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko }ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }- tak letak xpe
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
chocolate chips

Cara
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.

Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit., masukkan chocolate chips dan gaul hingga sebati .

Gunakan sudu dan letak adunan diatas dulang pembakar yang sudah disapu butter, biarkan dia membukit sedikit, jangan di tekan leper, biskut itu akan menjadi leper sedikit bila ia dibakar.. Bakar dengan suhu 170 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

* boleh tambah cornflakes, badam cincang & serbuk badam.
BISKUT SUJI RANGUP

Bahan:
200gm minyak sapi (Ghee Blend)
200gm gula caster (I used 160gm only)
400gm tepung suji/semolina
50gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk buah pelaga (Omited)

Cara2:
1. Putar minyak sapi dan gula caster hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2. Masukkan tepung suji dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Rehatkan adunan selama 30 minit.
4. Bentukkan bulat2 dan leperkan. Susun dalam acuan pembakar yg dilapik dgn grease proof
paper dan bakar suhu 160 deg cel selama 20 minit.

TART NENAS



Tart Nenas


Bahan-bahan (menghasilkan 200pcs) :

1kg tepung gandum
2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
4 kuning telur + 1 putih telur
1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)

Caranya:

Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut.

Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.

SNOW BALL






Snow Ball yg famous 2 tahun lepas.. resepi asal dr K Hani, Tokyo. Pengganti kuih makmur kami ler Very Happy . Kalau sempat nak buat ni sebab sangat senang membuatnya. Cubalah.

resipi snowball.
bahan - menghasilkan lbhkrg 40 biji
flour 140g
almond powder 60g
butter 100g, softened at room temperature
granulate sugar 2 tbs
salt 1/2 tsp
powder sugar

cara
1. masukkan butter dalam bowl, pukul sampai lembut. tambah gula dan garam, pukul lagi sampai keputihan. ayak tepung dan almond powder, gaul dengan rubber spatula.
2.satukan doh diatas dengan tangan. ambil secubit, bulatkan sebesar ibu jari. atur atas plastik wrap, bungkus dan simpan dalam peti sejuk at least 30 minit.
3. panaskan oven ke 170C. atur bebola tadi atas pan beralas, bakar selama 20-25minit. sejukkan.
4.masukkan cookies tadi dalam beg plastik bersama powdered sugar. kembongkan dan tutup mulut beg. kocak supaya gula bersalut pada cookies.
4. keluarkan dan MAKAN